Wednesday, June 24, 2009

Semulajadi?

Saya masih teringat apa yang dipelajari semasa di bangku sekolah. Saya meminati subjek sains. Semasa di sekolah rendah, saya belajar sains melalui subjek Alam dan Manusia. Semasa di tingkatan 4, saya didedahkan dengan subjek fizik, kimia dan biologi. Disini kami (saya dan rakan2) didedahkan dengan konsep 'alam semulajadi'. Tanpa saya sedari, konsep alam semulajadi meresap ke dlm jiwa saya. Bila wujud pertanyaan seperti kenapa daun berwarna hijau? kenapa pokok keluarkan bunga dan buah? jawapan yang biasa diberikan



amat mudah, "memang dah semulajadi". Astagfirullah (moga Allah ampunkan dosaku). Walaupun saya mempercayai Allah itu Esa, bijaksana dan maha pencipta, tetapi penghayatannya tidak meresap sepenuhnya ke dalam jiwa saya. Mungkin saya lebih banyak terdedah dgn ilmu2 sains dari Barat. Sebenarnya, setiap makhluk di bumi dan langit adalah ciptaaNya dan bukanya wujud secara semulajadi atau kebetulan. Semuanya di kawal dan dirancang oleh NYA. Bagaimana nak menghakis konsep semulajadi? Izinkan saya bercerita.

Kisah Ketukan Pintu
Ada 3 orang sahabat, Ali, Abu dan Husin dan mereka sangat akrab. Pada suatu petang mereka berkumpul bersama2 untuk berbincang mengenai kerja sekolah di dalam sebuah bilik. Sedang mereka rancak berbincang, tiba2 pintu bilik di ketuk. Mereka masing2 cuba meneka siapa yang mengetuk pintu. Ali meneka mungkin Hasan, jiran sebelah rumah. Abu pula meneka mungkin adiknya Din mahu memanggilnya pulang. Manakala Husin meneka mungkin ibunya mahu menghantar minuman untuk mereka. Lalu org yg mengetuk pintu tersebut bersuara " Ni aku la, Azlan, kawan sekelas, aku pun nak join buat kerja sekolah". Maka, mereka pun membenarkan Azlan masuk dan sama2 menyiapkan tugasan tersebut.

Berdasarkan cerita diatas, semua tekaan mereka adalah salah. Mungkin kerana tidak dapat melihat wajah org yg mengetuk pintu. Oleh itu, hanya org yang mengetuk pintu sahaja yg boleh membetulkan sangkaan rakan2 dengan mengakui atau memperkenalkan siapa dirinya.

Terdapat pelbagai agama dan masing2 mempunyai tuhannya sendiri. Islam, Kritian, Buddha, Hindu mempunyai kepercayaan masing2 terhadap tuhan. Hanya tuhan yang boleh mengakui dirinya itu tuhan yang layak disembah. Allah SWT telah menyatakan dia lah tuhan segala alam semesta dan Dia lah yang layak kita sembah. Segalanya ada di terangkan didalam kitab suci Al Quran. Mungkin timbul satu lagi persolan. Mengapa Firaun yg mengakui dirinya tuhan tapi sebenarnya dia bukan. Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat kisah seterusnya

Kisah Keretaku Rosak
Pagi ini saya datang lewat ke tempat kerja. Entah kenapa kereta baru yang ku beli minggu lepas tak dapat dihidupkan. "Kereta baru pun dah rosak", bisik hatiku kemarahan. Setelah penat mencuba, akhirnya saya memutuskan untuk menalifon syarikat pengeluar kereta tersebut. Setelah bercakap dengan operator telefon, saya disambungkan ke bahagian teknikal. Juruteknik syarikat kenderaan tersebut menerangkan apa yang patut saya buat dan beliau menyatakan sekiranya saya kurang arif, dia menyarankan saya merujuk kepada "User Manual" yang disertakan semasa saya membeli kereta tersebut. "Semuanya ada diterangkan didalam manual termasuk troubleshooting", jelasnya. Setelah meneliti manual tersebut, alhamdulillah, saya dapat menghidupkan kereta baru ku. Terima kasih User Manual.

Jelaskan! Hanya syarikat pembuat kereta yang mengetahui selok belok kereta ciptaannya kerana ia yang menghasilkan dan mengeluarkan kereta tersebut. Hanya Allah yang mampu menjelaskan setiap kejadian makhluknya, kejadian alam semesta, pergerakan bumi, bulan dan bintang. Ini kerana DIA yang menciptakan kita semua dan bukannya Firaun.

"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahunNya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah" (Al Quran, 35: 11).

Oleh itu, sama2lah kita mengikis tanggapan semulajadi dan menggantikanya dengan ciptaan Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun wujud secara semulajadi, semuanya datang dari ciptaan dan perancangan Nya.

No comments:

Post a Comment