Musim buah dah tiba!. Hujung minggu tadi saya ke kebun abah di Pantai untuk membantu mengutip buah durian. Satu pengalaman yang menarik. Walaupun terpaksa melalui lorong yg semak dengan pokok berduri, tapi bagi saya ia adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupa. Anak lelaki saya, Safwan bukan main seronok dapat ikut. Kalau nak kejut pagi utk kesekolah, bukan main susah lagi. Nak masuk bilik air pon kena pimpin sebab mata takleh bukak. Tapi bila kejut pagi nak ajak pergi kebun, terus bangun gosok mata. Lepas tu bole
h bagi cadangan nak basuh muka kat sungai di kebun.
Alhamdulillah, pagi itu rezeki kami amat murah. Ada habuan durian untuk kami sekeluarga dari kebun abah.
" dan Kami jadikan pelita (matahari) yang amat terang, dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah, supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, dan kebun-kebun yang lebat?". (Al Quran, 78: 13-16)
Semasa mengutip buah durian, saya terfikir kenapa buah durian berduri2 dan tajam. Safwan cakap duri buah durian macam pensel tajam. Sambil mengutip buah dan sesekali melihat pokok durian, saya cuba memikirkan jawapannya.
Ha! saya dah dapat! Ada beberapa sebab.
1. Buah durian hanya boleh dimakan sekiranya ia gugur sendiri. Oleh itu, kita hanya perlu mengutip buahnya di tanah. Duri pada buahnya membantu mengelakkan buah dari tergolek lebih jauh dari tempat dimana ia jatuh. Ini akan memudahkan kita menemuinya. Selain itu, pokok durian biasanya hidup di kawasan tanah tinggi dan berlereng. Dengan duri tersebut, ia dapat mengelakkan buah daripada tergolek meneruni lereng2 bukit dan ini memudahkan kita mencarinya. Indah sungguh ciptaanNya. Setiap yang diciptaNya mempunyai sebab dan kita dianugerahkan akal untuk memikirkanya.
2. Jika di kaji dari sudut sains pula, duri pada buah durian sebenarnya dapat membantu mengelakkan buah durian daripada pecah ketika jatuh ke tanah. Disini saya cuba terangkan seringkas dan semudah yg mungkin utk tatapan semua pembaca. Ketika buah durian jatuh dan menghentam bumi, berlaku satu pelanggaran antara buah dan tanah. Mengikut ilmu fizik mengenai pelanggaran iaitu:
jumlah momentum bersamaan dengan impak
Momentum = impak
(berat durian x halaju semasa jatuh kebumi) = (daya impak x tempoh berlaku hentaman)
Berdasarkan tenaga keupayaan, halaju buah durian bergantung kepada ketinggian pokoknya, lagi tinggi buah itu, lagi tinggi halajunya sebelum menghentam tanah. Daya impak pula adalah daya yang terhasil dari pelanggaran atau hentaman. Jika daya impak terlalu tinggi atau kuat, maka buah mungkin akan pecah kerana tidak mampu menampung daya tersebut. Tempoh berlaku hentaman adalah tempoh bermula dari hujung duri mula mengenai tanah hinggalah keseluruhan duri menusuk ke bumi. Apa yang istimewanya formula di atas? Untuk mengelakkan daripada buah durian pecah, daya impak semasa pelanggaran perlu dikurangkan. Bagaimana? Caranya ialah dengan menambahkan tempoh berlakunya pelanggaran. Disini duri pada buah memainkan peranan meningkatkan tempoh masa berlakunya pelanggaran. Semakin panjang durinya, semakin lama tempoh pelanggaran dan semakin rendah daya impak yang terhasil dan buah durian tidak akan pecah. Bayangkan jika buah durian tidak berduri, pasti semuanya akan pecah jika gugur. Selain itu, kulit bahagian dalamnya yg lembut mempunyai sifat penyerap hentakan yang baik dimana ia dapat meyerap keseluruhan daya impak yang terhasil seterusnya menyelamatkan isi daripada pecah atau rosak. Allah maha bijaksana. Sungguh indah ciptaanNya tanpa sebarang kecacatan.
Allah SWT menyuruh kita memerhatikan ciptaanNya agar kita dapat mengetahui kebesaranNya dan kebijaksanaanNya. Disini kita dapat menilai betapa tingginya ilmuNya. Saya terasa sungguh kecil dan ceteknya ilmu di dada saya.
" Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-ganang bagaimana ia di tegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?". (Al Quran, 88: 17-20).
Sungguh luas ilmu Mu. Banyak lagi ciptaanNya yang perlu kita sama2 perhatikan dan pelajari.

No comments:
Post a Comment