Tuesday, June 30, 2009

Musim durian

Musim buah dah tiba!. Hujung minggu tadi saya ke kebun abah di Pantai untuk membantu mengutip buah durian. Satu pengalaman yang menarik. Walaupun terpaksa melalui lorong yg semak dengan pokok berduri, tapi bagi saya ia adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupa. Anak lelaki saya, Safwan bukan main seronok dapat ikut. Kalau nak kejut pagi utk kesekolah, bukan main susah lagi. Nak masuk bilik air pon kena pimpin sebab mata takleh bukak. Tapi bila kejut pagi nak ajak pergi kebun, terus bangun gosok mata. Lepas tu boleh bagi cadangan nak basuh muka kat sungai di kebun.

Alhamdulillah, pagi itu rezeki kami amat murah. Ada habuan durian untuk kami sekeluarga dari kebun abah.

" dan Kami jadikan pelita (matahari) yang amat terang, dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah, supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, dan kebun-kebun yang lebat?". (Al Quran, 78: 13-16)

Semasa mengutip buah durian, saya terfikir kenapa buah durian berduri2 dan tajam. Safwan cakap duri buah durian macam pensel tajam. Sambil mengutip buah dan sesekali melihat pokok durian, saya cuba memikirkan jawapannya.

Ha! saya dah dapat! Ada beberapa sebab.
1. Buah durian hanya boleh dimakan sekiranya ia gugur sendiri. Oleh itu, kita hanya perlu mengutip buahnya di tanah. Duri pada buahnya membantu mengelakkan buah dari tergolek lebih jauh dari tempat dimana ia jatuh. Ini akan memudahkan kita menemuinya. Selain itu, pokok durian biasanya hidup di kawasan tanah tinggi dan berlereng. Dengan duri tersebut, ia dapat mengelakkan buah daripada tergolek meneruni lereng2 bukit dan ini memudahkan kita mencarinya. Indah sungguh ciptaanNya. Setiap yang diciptaNya mempunyai sebab dan kita dianugerahkan akal untuk memikirkanya.

2. Jika di kaji dari sudut sains pula, duri pada buah durian sebenarnya dapat membantu mengelakkan buah durian daripada pecah ketika jatuh ke tanah. Disini saya cuba terangkan seringkas dan semudah yg mungkin utk tatapan semua pembaca. Ketika buah durian jatuh dan menghentam bumi, berlaku satu pelanggaran antara buah dan tanah. Mengikut ilmu fizik mengenai pelanggaran iaitu:

jumlah momentum bersamaan dengan impak
Momentum = impak
(berat durian x halaju semasa jatuh kebumi) = (daya impak x tempoh berlaku hentaman)

Berdasarkan tenaga keupayaan, halaju buah durian bergantung kepada ketinggian pokoknya, lagi tinggi buah itu, lagi tinggi halajunya sebelum menghentam tanah. Daya impak pula adalah daya yang terhasil dari pelanggaran atau hentaman. Jika daya impak terlalu tinggi atau kuat, maka buah mungkin akan pecah kerana tidak mampu menampung daya tersebut. Tempoh berlaku hentaman adalah tempoh bermula dari hujung duri mula mengenai tanah hinggalah keseluruhan duri menusuk ke bumi. Apa yang istimewanya formula di atas? Untuk mengelakkan daripada buah durian pecah, daya impak semasa pelanggaran perlu dikurangkan. Bagaimana? Caranya ialah dengan menambahkan tempoh berlakunya pelanggaran. Disini duri pada buah memainkan peranan meningkatkan tempoh masa berlakunya pelanggaran. Semakin panjang durinya, semakin lama tempoh pelanggaran dan semakin rendah daya impak yang terhasil dan buah durian tidak akan pecah. Bayangkan jika buah durian tidak berduri, pasti semuanya akan pecah jika gugur. Selain itu, kulit bahagian dalamnya yg lembut mempunyai sifat penyerap hentakan yang baik dimana ia dapat meyerap keseluruhan daya impak yang terhasil seterusnya menyelamatkan isi daripada pecah atau rosak. Allah maha bijaksana. Sungguh indah ciptaanNya tanpa sebarang kecacatan.

Allah SWT menyuruh kita memerhatikan ciptaanNya agar kita dapat mengetahui kebesaranNya dan kebijaksanaanNya. Disini kita dapat menilai betapa tingginya ilmuNya. Saya terasa sungguh kecil dan ceteknya ilmu di dada saya.

" Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-ganang bagaimana ia di tegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?". (Al Quran, 88: 17-20).

Sungguh luas ilmu Mu. Banyak lagi ciptaanNya yang perlu kita sama2 perhatikan dan pelajari.

Saat yang pasti tiba

Pada 26/6/09, kita dikejutkan dgn kematian King of Pop, Micheal Jacksons. I'm one of the fan of MJ. Masa study dulu, mmg saya ada kumpul koleksi video klips lagu2 MJ. Berita ini mengingatkan saya kepada beberapa perkara:
1. Kita adalah milik NYA, Allah yang menciptakan kita dan kepada Nya lah kita kembali. Kematian pasti tiba, pada bila2 masa, tidak kira semasa kita sihat, sakit, miskin atau pun ketika kaya.
2. Segala kekayaan yang kita kumpulkan bukanlah hak mutlak kita. Kekayaan MJ didunia bukannya haknya, rumahnya sebesar istana tidak dapat dibawanya bersama ke kubur. MJ mempunyai berjuta2 peminat diseluruh dunia, tetapi dia meninggal secara keseorangan, tiada sesiapa disisinya ketika datangnya sakaratul maut. Dan dia tidak mampu membawa peminat bersamanya ke alam barzakh.

Pada petang 28/6/09 pula, saya diberitahu bahawa atuk kepada biras saya meninggal dunia. Semoga Allah tempatkan rohnya diantara orang2 yg disayangiNYA. Pada petang itu juga mereka sekeluarga balik ke Sg. Petani utk menziarahi arwah.

Pada pagi 29/6/09, ketika saya bersiap2 untuk balik semula UTM Skudai, saya mendapat berita dari abang sulung (Mohd Arshad) bahawa sepupu saya yg tinggal di Bagan Serai, Perak meninggal dunia. Semoga Allah meletakkan rohnya diantara roh2 org yang dikasihiNYA. Arwah masih muda lagi, lebih muda dari saya.

Pada tengahari, sewaktu saya hampir tiba di rumah sewa saya di Taman Universiti, Skudai, saya terlihat satu kemalangan dan saya dapat lihat seorang mayat ditutup dgn kertas di atas jalan raya. Ramai org memerhati di tepi jalan sementara menunggu ambulan dan polis tiba.

Bila tiba dirumah, saya terfikir dalam setiap detik pasti ada kematian berlaku di dunia ini. Ia datang tanpa kita ketahui. Ya Allah, ampunkan segala dosaku.

"kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur, kemudian bila Dia menghendaki, Dia bangkitkannya kembali", (Al Quran, 80: 21-22).

Wednesday, June 24, 2009

Semulajadi?

Saya masih teringat apa yang dipelajari semasa di bangku sekolah. Saya meminati subjek sains. Semasa di sekolah rendah, saya belajar sains melalui subjek Alam dan Manusia. Semasa di tingkatan 4, saya didedahkan dengan subjek fizik, kimia dan biologi. Disini kami (saya dan rakan2) didedahkan dengan konsep 'alam semulajadi'. Tanpa saya sedari, konsep alam semulajadi meresap ke dlm jiwa saya. Bila wujud pertanyaan seperti kenapa daun berwarna hijau? kenapa pokok keluarkan bunga dan buah? jawapan yang biasa diberikan



amat mudah, "memang dah semulajadi". Astagfirullah (moga Allah ampunkan dosaku). Walaupun saya mempercayai Allah itu Esa, bijaksana dan maha pencipta, tetapi penghayatannya tidak meresap sepenuhnya ke dalam jiwa saya. Mungkin saya lebih banyak terdedah dgn ilmu2 sains dari Barat. Sebenarnya, setiap makhluk di bumi dan langit adalah ciptaaNya dan bukanya wujud secara semulajadi atau kebetulan. Semuanya di kawal dan dirancang oleh NYA. Bagaimana nak menghakis konsep semulajadi? Izinkan saya bercerita.

Kisah Ketukan Pintu
Ada 3 orang sahabat, Ali, Abu dan Husin dan mereka sangat akrab. Pada suatu petang mereka berkumpul bersama2 untuk berbincang mengenai kerja sekolah di dalam sebuah bilik. Sedang mereka rancak berbincang, tiba2 pintu bilik di ketuk. Mereka masing2 cuba meneka siapa yang mengetuk pintu. Ali meneka mungkin Hasan, jiran sebelah rumah. Abu pula meneka mungkin adiknya Din mahu memanggilnya pulang. Manakala Husin meneka mungkin ibunya mahu menghantar minuman untuk mereka. Lalu org yg mengetuk pintu tersebut bersuara " Ni aku la, Azlan, kawan sekelas, aku pun nak join buat kerja sekolah". Maka, mereka pun membenarkan Azlan masuk dan sama2 menyiapkan tugasan tersebut.

Berdasarkan cerita diatas, semua tekaan mereka adalah salah. Mungkin kerana tidak dapat melihat wajah org yg mengetuk pintu. Oleh itu, hanya org yang mengetuk pintu sahaja yg boleh membetulkan sangkaan rakan2 dengan mengakui atau memperkenalkan siapa dirinya.

Terdapat pelbagai agama dan masing2 mempunyai tuhannya sendiri. Islam, Kritian, Buddha, Hindu mempunyai kepercayaan masing2 terhadap tuhan. Hanya tuhan yang boleh mengakui dirinya itu tuhan yang layak disembah. Allah SWT telah menyatakan dia lah tuhan segala alam semesta dan Dia lah yang layak kita sembah. Segalanya ada di terangkan didalam kitab suci Al Quran. Mungkin timbul satu lagi persolan. Mengapa Firaun yg mengakui dirinya tuhan tapi sebenarnya dia bukan. Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat kisah seterusnya

Kisah Keretaku Rosak
Pagi ini saya datang lewat ke tempat kerja. Entah kenapa kereta baru yang ku beli minggu lepas tak dapat dihidupkan. "Kereta baru pun dah rosak", bisik hatiku kemarahan. Setelah penat mencuba, akhirnya saya memutuskan untuk menalifon syarikat pengeluar kereta tersebut. Setelah bercakap dengan operator telefon, saya disambungkan ke bahagian teknikal. Juruteknik syarikat kenderaan tersebut menerangkan apa yang patut saya buat dan beliau menyatakan sekiranya saya kurang arif, dia menyarankan saya merujuk kepada "User Manual" yang disertakan semasa saya membeli kereta tersebut. "Semuanya ada diterangkan didalam manual termasuk troubleshooting", jelasnya. Setelah meneliti manual tersebut, alhamdulillah, saya dapat menghidupkan kereta baru ku. Terima kasih User Manual.

Jelaskan! Hanya syarikat pembuat kereta yang mengetahui selok belok kereta ciptaannya kerana ia yang menghasilkan dan mengeluarkan kereta tersebut. Hanya Allah yang mampu menjelaskan setiap kejadian makhluknya, kejadian alam semesta, pergerakan bumi, bulan dan bintang. Ini kerana DIA yang menciptakan kita semua dan bukannya Firaun.

"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahunNya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah" (Al Quran, 35: 11).

Oleh itu, sama2lah kita mengikis tanggapan semulajadi dan menggantikanya dengan ciptaan Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun wujud secara semulajadi, semuanya datang dari ciptaan dan perancangan Nya.

Tuesday, June 23, 2009

Ilmu ada disekitar kita



Hidup ini bagaikan roda yg berputar. Siang berganti malam. Dari Isnin hingga Jumaat, rutin kehidupan kita sama shj. Bagun awal pagi, gosok gigi, "lepas hajat", mandi, solat, bersiap2 nak ke tempat kerja dan bersarapan. Di tempat kerja kita laksanakan segala tanggungjawab kita terhadap majikan dan tak lupa tanggungjawab terhadap NYA. Pukul 5 petang, kita balik ke rumah atau ke nursery jemput anak2. Kebiasaanya kita agak keletihan dan mungkin stress akibat dari kerja di ofis dan ditambah pulak dgn kerja2 dirumah serta ragam anak2. Sebelah mlm, slps makan, kita berehat melayan anak2 atau menonton TV. Tepat jam 11.00mlm, kita bersiap2 nak tidur. Itulah kehidupan harian. Kita seolah2 terlalu sibuk sehinggakan terlupa banyak keindahan disekeliling kita yg perlu kita fikirkan dan hayati. Banyak keindahan ciptaan Allah SWT yg berada disekitar kehidupan kita. Allah SWT meyuruh kita memerhatikan setiap ciptaanya, dilangit dan dibumi, kejadian siang dan malam dll. kerana dgn cara ini kita dapat memahami sifat2 Allah dan mengenal siapa diri kita yg sebenarnya.

Menerusi penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca sekalian menghayati betapa indahnya kehidupan ini. Banyak ilmu yg boleh kita pelajari melalui kehidupan harian kita. Allah itu maha bijaksana, Dia menciptakan kita dari pelbagai bangsa, berbeza pekerjaan, harta dll. serta haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kenapa setiap ciptaanNYA berbeza2? cukup mudah jawapanya. supaya kita saling bantu membantu, hormat menghormati dan belajar dari yang lain. Sejarah manusia membuktikan bahawa Qabil mempelajari cara2 mengebumikan mayat hanya melalui burung gagak (al Quran, 5: 31).

"Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihat kepadanya (Qabil) bagaiman dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil: 'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah seorang di antara orang-orang yang menyesal." (5: 31).

Allah SWT tidak menciptakan kejadiannya utk sia2. Disebalik setiap kejadianNYA ada ilmu yg tersembunyi untuk kita terokai.